Thursday, June 11, 2009

MEWARNA

11 Jun 2009 (Khamis) - Pertandingan mewarna sempena cuti sekolah penggal kedua telah diadakan di kawasan bacaan kanak-kanak. Pertandingan bermula tepat jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.45 pagi.

Suasana semasa pertandingan

Salah satu lukisan yang menyertai pertandingan dan salah seorang peserta

Para peserta yang mengikuti pertandingan pada kali ini

Pelajar-pelajar praktikal (Sains Perpustakaan) turut dilibatkan bagi mendedahkan kepada mereka sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti perpustakaan

Aktiviti bercerita dan sessi "chicken dance" bersama badut Perpustakaan sementara menunggu keputusan

Para pemenang bergambar bersama-sama lukisan serta hadiah-hadiah yang dimenangi

KZ

Tuesday, June 9, 2009

PROSES HAPUSKIRA BUKU-BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN NABAWAN

4 kakitangan PWK telah dihantar ke Perpustakaan Cawangan Nabawan bagi membantu kakitangan daripada ibupejabat sambil menimba sedikit sebanyak pengalaman serta pengetahuan mengenai proses hapuskira buku-buku rosak dan usang.

KZ

Photo by MAW

Friday, June 5, 2009

PENGEMASKINIAN REKOD HARTA MODAL & INVENTORI

Projek mengemaskini rekod-rekod daftar harta modal dan inventori Perpustakaan Zon Keningau bagi fasa satu (1) telah selesai dilaksanakan. Sebanyak 3 buah Perpustakaan Cawangan dan 4 buah Perpustakaan Desa telah dilawati. Fasa kedua (2) akan dilaksanakan setelah kad-kad berkaitan diterima.

Perpustakaan Cawangan Tenom

Perpustakaan Cawangan Tambunan

Perpustakaan Desa Kg.Pulong Tenom

Perpustakaan Desa Kg.Pagalungan, Nabawan

Perpustakaan Cawangan Nabawan

Perpustakaan Desa Kg.Meligan, Sipitang

Perpustakaan Desa Kg.Long Pasia, Sipitang
KZ

PEMANTAUAN PERPUSTAKAAN ZON KENINGAU

Pemantauan perpustakaan-perpustakaan desa telah dibuat sepanjang bulan April, Mei dan Jun 2009. Antara perpustakaan-perpustakaan Zon Keningau yang dilawati ialah Perpustakaan Cawangan Tenom, Perpustakaan Cawangan Nabawan, PD Kg.Meligan-Sipitang, PD Kg.Long Pasia-Sipitang, PD Kg.Pulong-Tenom, PD Kg.Pagalungan, PD Kg.Marasak, PD Senagang, PD Tatagas-Nabawan dan PD Sapulut-Nabawan.

Berikut ialah gambar sebahagian Perpustakaan Zon Keningau yang dilawati:-

PD Kg.Pagalungan, Nabawan

PD Kg.Sapulut, Nabawan

PD Kg.Senagang, Tenom

PD Tatagas, Nabawan
KZ

Friday, May 29, 2009

BENGKEL READ TO ME MAMA

Bengkel "Read To Me Mama" telah diadakan di dewan pekan Nabawan pada 28 Mei 2009. Sehari sebelum itu AJK telah ke Nabawan bagi membuat persediaan yang sepatutnya.

Persediaan sehari sebelum bengkel bermula

Gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung

KZ

Photo by MAW

Friday, May 22, 2009

PEMASANGAN KUNCI DAN PINTU KABINET BEG/ITEM PELANGGAN

Tambahan pemasangan pintu serta kunci untuk kabinet simpanan barang-barang pelanggan Perpustakaan Wilayah Keningau telah siap pada 20 Mei 2009. Tujuan pemasangan adalah bagi menjamin keselamatan barang-barang pelanggan yang berkunjung.

Pintu-pintu kabinet simpanan beg/barang pengunjung yang siap dibuat

KZ

Tuesday, May 19, 2009

PENYALURAN PAIP KELUAR TANGKI SIMPANAN AIR

19 Mei 2009 - Sebagai langkah berjaga-jaga setelah dilanda banjir 2 kali dalam pejabat, PWK telah membuat satu saluran paip keluar daripada tangki takungan air terus ke parit besar PWK. Sebuah syarikat swasta telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Kerja sedang dilakukan - sambungan paip dibuat dibahagian atas tangki dan keluar terus ke parit besar PWK

Gambar-gambar pekerja sedang membuat sambungan paip
KZ