Friday, July 25, 2008
Penyelenggaraan saluran "Main Hole" di PWK
Thursday, July 24, 2008
Pengisian minyak generator PWK
Lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Nabawan
Pada 20 Julai 2008, Setiausaha Kerajaan Negeri telah membuat lawatan ke Daerah Nabawan.Bersempena dengan lawatan tersebut SKN juga telah melawat ke Tapak Projek Bangunan Perpustakaan Cawangan Nabawan yang sedang dalam pembinaan.Dalam lawatan tersebut Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah En. Wong Vui Yin telah memberikan taklimat perkembangan projek kepada rombongan SKN.Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kanan Pn. Maria Sinti, Ketua Cawangan Perpustakaan Nabawan Pn. Damisi Langgaton dan beberapa pegawai dari ibupejabat, pegawai JKR dan Pegawai Daerah Nabawan.
Sekian
KZ
Lawatan Tinjauan Ke Kg. Panagatan
Satu lawatan tinjauan ke Kg Panagatan Keningau telah dibuat oleh Timbalan Pengarah Kanan Pn. Maria Sinti pada 15 Julai 2008. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau tapak bagi pembinaan Perpustakaan Desa kampung berkenaan.Turut sama dalam lawatan tersebut ialah En.Alex Francis dari Bahagian Pembangunan ibupejabat dan juga Pn. Andi Syiartazni Kamaluddin Ketua Zon Keningau.Satu perbincangan singkat telah juga dibuat bersama dengan Pengerusi JKKK Kg Panagatan En. Ramian Kuling dan ketua kampung.
Selepas urusan di Kg Panagatan selesai,rombongan TPK seterusnya melawat ke PD Kg. Marasak bagi membuat pemeriksaan terhadap gril yang baru di pasang.Pembukaan PD Marasak masih belum ditentukan lagi.
Rombongan seterusnya kembali ke PWK untuk makan tengahari.
Sekian
KZ