Wednesday, May 7, 2008

Mesyuarat Pertama PNS Zon Keningau.

7 Mei 2008, Perpustakaan Wilayah Keningau - Mesyuarat pertama antara Perpustakaan Negeri Sabah bagi Zon Keningau telah berlangsung pagi tadi pada jam 9.30. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Zon, Perpustakaan Wilayah Keningau ini, telah dihadiri oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Sipitang, Puan Nelly Green, Ketua Perpustakaan Cawangan Tenom, Puan Ho Kim Yin serta pembantu, Puan Mary Yap, Ketua Perpustakaan Cawangan Nabawan, Puan Damisie Langgiton, Ketua Perpustakaan Cawangan Tambunan, Puan Jaliha Hj.Arshad serta pembantu, Encik Affandy Chong, Pengawas Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kg.Bakuku, Ulu Tomani, Tenom, Encik Jini @ Timmy Ampar, Pengawas PDSI Kg.Pulong, Tenom, Puan Chong Yau Yin, Pengawas PDSI Kg.Sinulihan, Sook, Puan Norasiah Binti Damin, Pengawas PDSI Kg.Apin-Apin, Keningau, Puan Luciana Stanis, Pengawas PDSI Kg.Kapayan Baru, Keningau, Encik Benjamin Sinor, Pengawas PDSI Kg.Sunsuron, Tambunan, Puan Pamela John, Pengawas PDSI Kg.Pagalungan, Nabawan, Encik Ajamain Banaran, Ketua Seksyen Hypermedia Perpustakaan Wilayah Keningau, Encik Mobin Mahadin dan Ketua Seksyen Pentadbiran PWK Encik Tipun Masalon.
Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah laporan, masalah, keperluan, aktiviti dan statistik di setiap Cawangan dan PDSI.
Mesyuarat ditangguh pada 12.00 tgh.

1 comment:

Anonymous said...

kumpulan malinggang patah patah you!