Friday, August 29, 2008

Mesyuarat Bersama Ketua Zon Keningau

Mesyuarat Bersama Ketua Zon Keningau telah diadakan sekali lagi pada 29 Ogos 2008 bermula jam 9 pagi bertempat di bilik mesyuarat PWK. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi serba sedikit penerangan berkaitan cara-cara pengisian borang penilaian prestasi, pengisian borang-borang tuntutan elaun serta beberapa perkara berbangkit. Bersama-sama dengan Ketua Zon, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Perpustakaan Cawangan, Pengawas-pengawas Perpustakaan Desa Siber Ilmu di bawah pengendalian Zon Keningau serta kakitangan PWK yang terlibat.

Pembantu Tadbir Kanan (CC) memberi penerangan dan cara-cara mengisi Borang Penilaian Prestasi kepada Pengawas dan Ketua-Ketua Cawangan yang hadir

No comments: